Afiq Sazlan

Tiada gunung terlalu tinggi untuk kita daki jika ganjaran di puncaknya begitu berharga.

Letakkan matlamat anda setinggi-tinggi puncak yang diketahui, lalu halakan langkah anda ke arahnya dengan nekad dan sabar.

Anda mungkin tertanya, mengapa susahkan diri dengan pendakian ini sedangkan segala yang dimiliki sudah mencukupi?

Di atas puncak itu kelak, segala apa di kaki gunung akan kelihatan kerdil sahaja.

Bumi ini masih menyimpan banyak rahsia untuk kita gali dan gunakan demi manfaat umat manusia.

Selagi mana kita tidak merasa cukup dengan hanya apa yang kita sudah miliki, kita mampu tawan gunung yang lebih tinggi.